Salam semua anak-anak pakcik. Sihat-sihat semua ye? Pakcik pun seperti biasalah akan tetap sihat walau terpaksa menjaga berpuluh ribu kebun pun..ahhaa...

Baiklah hari ni pakcik nak sentuh sedikit berkenaan anggota keselamatan yang ada kat Malaysia ni. Mungkin korang kurang perasan akan kewujudan anggota bomba di Malaysia sekarang ni semakin mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan tidak kira dari segi untuk mendapatkan kerja sebagai ahli bomba ataupun dalam memberika penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat sepanjang masa.




Kerja sebagai anggota keselamatan bomba bukannya mudah. Mereka sanggup berkorban nyawa didalam menjalankan tugas dan memastikan segalanya berjalan lancar agar keselamatan orang awam berada di tahap yang selamat. Mungkin korang kurang perasan bahawa tugas anggota bomba ini bukan sahaja memadamkan api tetapi juga mengatasi pelbagai masalah yang adakalanya remeh-temeh seperti menyelamatkan kucing yang terperangkap didalam longkang ataupun membersihkan longkang tersumbat, akan tetapi ia tetap dilaksanakan demi kasih sayang dan tanggung jawab mereka terhadap masyarakat awam.

Perasan tak setiap kali pelancong yang datang ke Malaysia mesti akan bergambar dengan anggota keselamatan yang mereka temui terutamanya anggota bomba? Kenapa sedemikian? Ini kerana Bomba merupakan kerjaya yang paling diminati dan dihargai oleh masyarakat barat. So, tak hairanlah kalau pelancong yang datang ke tempat kita lebih menghormati anggota keselamatan kita daripada masyarakat kita sendiri yang asyik memandang rendah anggota keselamatan kita.

Oklah, pakcik pun tak nak melarat sangat nak cerita tentang bomba ni. Pakcik harap sangat korang turut sama-sama menghargai dan menghormati mereka yang bertugas diluar sana tidak kiralah bomba, polis ataupun anggota RELA sahaja. Tugas mereka bukannya mudah dan mereka lakukannya demi kita rakyat Malaysia.... 

Salam....

date Saturday, April 24, 2010

Salam semua anak-anak pakcik. Sihat ye?
Apa khabar kebun hari ni? Jangan lupa jaga tau, kang mati kan susah nak tanam balik.. 

Baiklah seperti yang dijanjikan hari ni pakcik nak buat amal jariah sedikit. Memandangkan kebelakangan ni pakcik banyak dapat untuk hasil upahan jaga kebun orang pakcik nak berikan 4 buah ebook PERCUMA. Waahh..jangan ingat pakcik takde masa nak membaca ye. Ok jom tengok apa ebook yang pakcik nak berikan ni :)



Wahhh... Hebatkan hadiah pakcik bulan ni. Nak ke? Kalau nak leh ambik ka bawah ni ye. klik je tajuk kat bawah ni..


1. Koleksi petua rumahtangga bahagia.
2. Buat duit dan cari duit di internet.
3. 20 Cara jimat minyak kereta.
4. Panduan urus wang

Ok .. sekian dari pakcik kali ni. Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berfacebook lagi.. (^_^).

Nak lagi mantap? klik jer iklan kat bawah ni.. enjoy




date Friday, April 23, 2010



Waaaahh! Ni antara insan-insan yang tidak menyukai aktiviti berkebun bersama pakcik ni. Kenapa benci sangat dekat farmville pakcik? 

Ada yang kata buang masa, melambatkan pemikiran otak, respond badan menjadi lambat kerana asyik duduk berjam-jam lamanya meng'harvest' tanaman? 

Inilah masalah insan-insan yang berfikiran tertutup. Jangan ingat dengan bermain di kebun pakcik itu adalah membuang masa.

Tahukah wahai anak-anakku sekalian? Dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam bersama kebun pakcik korang semua telah menggunakan 30% otak untuk berjalan dengan lancar dan kreatif? Masa inilah korang mengeluarkan daya kreativiti korang dengan menanam tanaman dengan strategi yang teratur. Masa inilah juga korang berfikir sebagai seorang ahli perniagaan. Korang sudah mula mengira bajet hasil keuntungan tanaman dan bajet untuk menghasilkan tanaman. So? Bukankah ini juga merupakan ilmu alam yang kita boleh bawa bersama didalam kehidupan sehari-harian? Korang akan lebih bijak berfikir dan secara tidak langsung telah memahami selok-belok perniagaan. :)

Pakcik yang dah lama berkebun ni pun masih belajar dan akan terus belajar untuk memahirkan diri dalam bidang pengurusan perladangan ini. Hanya orang yang mempunyai pemikiran yang logistik dan kreatif sahaja yang akan meluangkan masa bersama pakcik untuk berada di dalam kebun. Kepada yang tak sukakan farmville tu agaknya cuma mampu bermain permainan yang tidak menjana minda seperti counter strike yang penuh dengan unsur-unsur keganasan di dalamnya. 

Apa tunggu lagi? Jom kreatifkan daya kreativiti kita dengan membina ladang yang cantik dan boleh membuatkan korang lebih yakin akan daya usaha diri sendiri. Enjoy!!!

date Saturday, April 17, 2010

Pejam celik - pejam celik dah masuk hari jumaat. Cepat sangat masa tu berlalu walaupun kebun pakcik dah 'harvest' 2 hari yang lalu.. Beklah, hari ni je ada banyak filem omputih yang best-best kat cinema. (faham-fahamlah pakcik ni manalah faham filem melayu - omputih le katakan)..

Kick Ass? Sekali baca macam lucah sungguh perkataan itu. Tapi inilah tajuk filem terbaru superhero omputih ni. Kalau sebelum ni kita di hiburkan dengan  cerita Superman, Spiderman dan Catwoman yang memiliki kuasa luar biasa. Tapi berlainan pula dengan cite "Kick Ass" ni. Watak utama cite ni nama dia Dave seorang anak muda yang bercita-cita nak jadi superhero sebijik macam kat dalam buku komik. Yang boleh dikatakan "real" sikit,dia langsung takde super power..wahahhaa...



Bila dia dah berubah menjadi Kick Ass, dia jadi sangat terkenal dan banyak nasib-nasib baik datang dekat dia. Dia rasa dia dah mula ada kehidupan seorang superhero. Hahaha! Sampailah dia boleh rapat dengan sorang awek pujaan dia ni, walaupun awek tu anggap dia ni homoseksual. Wahahaha! Asal dapat duduk rapat borak-borak jadi la.

Kemudian pelbagai kejadian yang berlaku sehinggalah "kick ass" ni terlibat dengan konflik geng-geng ala-ala mafia. Start dari tu bermula perjalanan superhero yang banyak buatkan gigi pakcik hampir tertanggal..wahahaha... 

Apa-apa pun pakcik cadangkan korang semua tengok cite ni.. pakcik berani bagi 5 bintang buat cite lawak superhero baru omputih ni. Sekurang-kurangnya membantu otak kita ni rehat daripada asyik dok nak fikir nak tanam sayuran apa pula besok hari.. 

Kalau nak pakcik belanja korang tengok cite ni pun pakcik sudi tapi pandai-pandailah korang tolong pakcik harvest tanaman pakcik ye..wahaha...
So ? Apa tunggu lagi? tempah tiket secara online dan ajak aweks @ pakwe korang tengok cite ni hari sabtu ni.. 

Selamat menonton... 


date Friday, April 16, 2010

Pasti ramai yang menantikan kehadiran tarikh 9 Mei 2010 kerana pada masa itulah berlaku sekali lagi pertempuran merebut kejuaraan mendapat tempat bagi negara terhebat dalam arena sukan badminton. Pakcik pun dah tak sabar nak melihat pemain bertaraf dunia berentap mei ini.

Walaubagaimana pun kehadiran Piala Thomas pada kali ini amat hambar sambutannya.Apasal ye? Adakah kerana sambutan pesta bola dunia yang akan berlangsung pada june ini lebih di  ambil perhatian sedangkan tidak ada pemain dari negara kita pun yang layak menyertai piala bola dunia itu. Asyik sokong promosi negara luar je, adakalanya sambutan yang hambar juga membuatkan pemain badminton negara kita hilang semangat. Hampa giler.

Mungkin juga kerana kurang promosi dari persatuan badminton Malaysia dalam mewar-warkan sambutan piala thomas kali ini. Kalau saya tanya dekat rakan-rakan tentang piala thomas pasti ramai yang tak tau punya. Kalau tak percaya cuba korang tanya rakan-rakan korang confirm 2, 3 orang ja yang tahu..haha

Atau korang lebih suka layan kebun pakcik daripada tengok acara sukan? hahahaha...

So, apa pendapat korang? Agaknya boleh ke Malaysia merangkul kejuaraan pada tahun ni? Last Malaysia menang adalah pada tahun 1992 iaitu 18 tahun yang lalu. Lama ooooo... Zaman tu pakcik masih ingat lagi,suasana meriah ketika itu amat dirasai. Orang tak pandang sangat arena bola sepak pada masa tu sebab jiwa rakyat Malaysia bersatu hati agar dapat merangkul kejuaraan Piala Thomas. Kini? Memang jauh berbeza. (Zaman pakcik muda-muda dulu pun belum ada kebun lagi, masa tu pakcik menuntut kat institut pertanian..hehehe...

Kalau korang perhatikan kat Facebook pun takde orang nak cite sal Piala Thomas ni,apatah lagi nak buat group atau fan page. Tapi korang sedar tak, Peminat Badminton Indonesia siap membbuat Fan Page bagi memeriahkan suasana Piala Thomas tahun ni.? Lihatlah betapa rakyat di sana sayangkan pemain-pemain badminton mereka. Indonesia je? Fuiyooo...Korea, Denmark, Japan juga ada Fan Page sendiri demi untuk menyokong pemain badminton negara diorang.


Kalau nak menang Piala Thomas ni bukan mudah sebab bukan kerja perseorangan . Ini kerja berkumpulan. Kalau nak harapkan Dato Lee Chong Wei je sorang maknanya akan kalah dengan keputusan 1-4 lah macam ni? Hahaha.. ada ke pemain harapan Malaysia yang boleh diketengahkan pada kali ni? Ramai sangat yang tak konsistent, kalau cemerlang pun cuma sekejap then terus hilang kerana hanyut dengan dunia glamour. Kalau nak dijadikan contoh terbaik, Dato Lee Chong Wei lah yang patut di berikan sebagai icon kepada anak-anak muda yang meminati sukan badmintonn ni. So far beliau tidak pernah give up walaupun ada mengalami kekalahan dalam beberapa perlawanan. Dia ni boleh dikatakan inspirasi pakcik juga bila dah penat sangat nak meng'harvest' tanaman..hehe..

So, apa nak kata lagi? Jom kita sokong pemain-pemain badminton Malaysia supaya dapat membawa pulang Piala Thomas setelah 18 tahun menanti.  Tak payah nak undi sms supaya Malaysia menang, kita sokong dari hati kita sebagai rakyat Malaysia. "Ko tungggu di Sana Piala Thomas, Pakcik bawakan sayur untuk korang"... Good LuCK Malaysia.




date Wednesday, April 14, 2010

Sape dah tengok cerita ni? Baru petang tadi pakcik dan makcikville meluangkan masa 2 jam semata-mata nak menonton wayang ni. Ramai yang kata filem ni best, promote sana sini, meletup giler.. Tapi selepas 2 jam kami menonton wayang ni " Alamak! Rugi je masa teengok benda ni, biasa - biasa je pun" Bagus tengok wayang P.Ramlee ada gak faedahnya dari segi budaya dan bangsa. (^_^) @ jaga kebun pakcik..dapat gak duit nak beli keta tahun depan..wahahaha

Kenapa pakcik kata wayang ni biasa-biasa je? Sape pernah tengok cerita harcules? Xena the warrior princess ataupun sinbad? Kalau dah pernah tengok mesti  korang akan perasan yang cite ni tak jauh beza dengan drama bersiri tv hercules dan lain-lain. 


Apa yang lebih mengecewakan pakcik adalah 'ending' cerita ni. Apa tak nya, masa 'kraken' si gergasi iaitu anak kepada watak jahat 'hades' keluar "Fulamak! Mantap giler, besar sangat gergasi yang nak dikalahkan oleh hero tu. Tapi? Kecewa yang amat bila tidak ada pertempuran antara gergasi dan hero dalam cerita ni. Dengan mudah je hero kalahkan gergasi , tak sampai seminit pun. Betapa kecewany makcikville korang masa tu..(muka beliau dah masam semacam je).. :)

Pakcik rasa sebelum korang nak menonton wayang ni lebih baik fikirkan 2x, bukan nak melarang tapi takut korang pun join pakcik sekali merasa tahap  kekecewaan yang amat sangat..hahaha...

pakcik berikan 3.5/5 jelah untuk wayang ni. Bolehlah juga di kategorikan sebagai wayang filem ala kadar.

Selamat Menonton


date Tuesday, April 13, 2010

Wah! Marah nampak? Betul ke benci? Atau buat-buat benci je?
Dah adat bercinta zaman sekarang, mulut kata benci tapi hati kita hanya Tuhan yang tahu. (^_^).

Kalau zaman pakcik,zaman retro dulu bila mulut kata benci maka bencilah ia sebenci-bencinya. Tidak ada langsung yang tersorok dihati,hahaha Agaknya zaman tu kalaulah korang bercinta kuranglah nak bercubit-cubit sayang mahupun melirik tanda merajuk kepada si dia ye....Kesian...


So, kalau si jantung hati dah marah-marah sayang tu apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah pujuk, kang melepas ada yang 'frust' menonggeng. Ramai yang kata, "Alah, Rilex lah bro, dia akan datang punya".. Kalau datang oklah, kalau tak datang? Nak kata apa? Cinta zaman sekarang macam-macam boleh terjadi, dah susah kita nak ramalkan hati dan perasaan pasangan kita. Kejap sayang, kejap benci... walaupun kita tahu ianya cuma "benci tapi sayang" tapi tak "Best" juga bila masa nak bersayang-sayang tetiba pula "Aku benci padamu" Hahaha kan terpaksa layan diri sorang-sorang.

Kalau pakcik dok gaduh ngan makcikville korang tak macam korang. Tak sampai 5 minit pasti dah senyum balik. Nak tahu rahsianya? Tak boleh bagitau sekarang..hoho..rahsia...

So, Beringat-ingatlah, bila bercinta biarlah korang bertolak ansur dengan pasangan korang Kita tetap makhluk Tuhan yang bergelar manusia yang tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. 

Apa yang penting? Kojosamo.... haha (jangan lupa kejesama dalam berkebun yee)


date

OldTown White Coffe, Sekali rasa nak lagi bah! hehe... bagi yang pernah merasa kenikmatan "kopi putih" ni pasti tersenyum sinis. Sedap sangat ke? "Sedaaaaaap, lagi sedap bila makcikville yang tolong bancuhkan"hahaha... hilang penat pakcik pekena kopi putih makcikville.

Bila tengok iklan "kopi putih" pasti tergelak dan tak sabar nak pekena "kopi putih"


Nak secawan? Kalau nak buat sendiri. Enak rasanya. Bukan nak promote tapi dah kenyataan. Kalau rasa mengantuk di awal pagi, minumlah 'kopi putih" GERENTI mata tak dapat nak lena hingga ke petang (^_^) Powerrr!!! Boleh bercucuk tanam hingga ke malam.. Banyak duit masyuuukk...

Apa tunggu lagi? "Yang, buatkan abang secawan "kopi putih"....Nak berkebun ni... hahaha...



date

.

Related Posts with Thumbnails