Sape dah tengok cerita ni? Baru petang tadi pakcik dan makcikville meluangkan masa 2 jam semata-mata nak menonton wayang ni. Ramai yang kata filem ni best, promote sana sini, meletup giler.. Tapi selepas 2 jam kami menonton wayang ni " Alamak! Rugi je masa teengok benda ni, biasa - biasa je pun" Bagus tengok wayang P.Ramlee ada gak faedahnya dari segi budaya dan bangsa. (^_^) @ jaga kebun pakcik..dapat gak duit nak beli keta tahun depan..wahahaha

Kenapa pakcik kata wayang ni biasa-biasa je? Sape pernah tengok cerita harcules? Xena the warrior princess ataupun sinbad? Kalau dah pernah tengok mesti  korang akan perasan yang cite ni tak jauh beza dengan drama bersiri tv hercules dan lain-lain. 


Apa yang lebih mengecewakan pakcik adalah 'ending' cerita ni. Apa tak nya, masa 'kraken' si gergasi iaitu anak kepada watak jahat 'hades' keluar "Fulamak! Mantap giler, besar sangat gergasi yang nak dikalahkan oleh hero tu. Tapi? Kecewa yang amat bila tidak ada pertempuran antara gergasi dan hero dalam cerita ni. Dengan mudah je hero kalahkan gergasi , tak sampai seminit pun. Betapa kecewany makcikville korang masa tu..(muka beliau dah masam semacam je).. :)

Pakcik rasa sebelum korang nak menonton wayang ni lebih baik fikirkan 2x, bukan nak melarang tapi takut korang pun join pakcik sekali merasa tahap  kekecewaan yang amat sangat..hahaha...

pakcik berikan 3.5/5 jelah untuk wayang ni. Bolehlah juga di kategorikan sebagai wayang filem ala kadar.

Selamat Menonton


date Tuesday, April 13, 2010

0 comments to “Clash Of Titans (Mengecewakan)”

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails