Pasti ramai yang menantikan kehadiran tarikh 9 Mei 2010 kerana pada masa itulah berlaku sekali lagi pertempuran merebut kejuaraan mendapat tempat bagi negara terhebat dalam arena sukan badminton. Pakcik pun dah tak sabar nak melihat pemain bertaraf dunia berentap mei ini.

Walaubagaimana pun kehadiran Piala Thomas pada kali ini amat hambar sambutannya.Apasal ye? Adakah kerana sambutan pesta bola dunia yang akan berlangsung pada june ini lebih di  ambil perhatian sedangkan tidak ada pemain dari negara kita pun yang layak menyertai piala bola dunia itu. Asyik sokong promosi negara luar je, adakalanya sambutan yang hambar juga membuatkan pemain badminton negara kita hilang semangat. Hampa giler.

Mungkin juga kerana kurang promosi dari persatuan badminton Malaysia dalam mewar-warkan sambutan piala thomas kali ini. Kalau saya tanya dekat rakan-rakan tentang piala thomas pasti ramai yang tak tau punya. Kalau tak percaya cuba korang tanya rakan-rakan korang confirm 2, 3 orang ja yang tahu..haha

Atau korang lebih suka layan kebun pakcik daripada tengok acara sukan? hahahaha...

So, apa pendapat korang? Agaknya boleh ke Malaysia merangkul kejuaraan pada tahun ni? Last Malaysia menang adalah pada tahun 1992 iaitu 18 tahun yang lalu. Lama ooooo... Zaman tu pakcik masih ingat lagi,suasana meriah ketika itu amat dirasai. Orang tak pandang sangat arena bola sepak pada masa tu sebab jiwa rakyat Malaysia bersatu hati agar dapat merangkul kejuaraan Piala Thomas. Kini? Memang jauh berbeza. (Zaman pakcik muda-muda dulu pun belum ada kebun lagi, masa tu pakcik menuntut kat institut pertanian..hehehe...

Kalau korang perhatikan kat Facebook pun takde orang nak cite sal Piala Thomas ni,apatah lagi nak buat group atau fan page. Tapi korang sedar tak, Peminat Badminton Indonesia siap membbuat Fan Page bagi memeriahkan suasana Piala Thomas tahun ni.? Lihatlah betapa rakyat di sana sayangkan pemain-pemain badminton mereka. Indonesia je? Fuiyooo...Korea, Denmark, Japan juga ada Fan Page sendiri demi untuk menyokong pemain badminton negara diorang.


Kalau nak menang Piala Thomas ni bukan mudah sebab bukan kerja perseorangan . Ini kerja berkumpulan. Kalau nak harapkan Dato Lee Chong Wei je sorang maknanya akan kalah dengan keputusan 1-4 lah macam ni? Hahaha.. ada ke pemain harapan Malaysia yang boleh diketengahkan pada kali ni? Ramai sangat yang tak konsistent, kalau cemerlang pun cuma sekejap then terus hilang kerana hanyut dengan dunia glamour. Kalau nak dijadikan contoh terbaik, Dato Lee Chong Wei lah yang patut di berikan sebagai icon kepada anak-anak muda yang meminati sukan badmintonn ni. So far beliau tidak pernah give up walaupun ada mengalami kekalahan dalam beberapa perlawanan. Dia ni boleh dikatakan inspirasi pakcik juga bila dah penat sangat nak meng'harvest' tanaman..hehe..

So, apa nak kata lagi? Jom kita sokong pemain-pemain badminton Malaysia supaya dapat membawa pulang Piala Thomas setelah 18 tahun menanti.  Tak payah nak undi sms supaya Malaysia menang, kita sokong dari hati kita sebagai rakyat Malaysia. "Ko tungggu di Sana Piala Thomas, Pakcik bawakan sayur untuk korang"... Good LuCK Malaysia.




date Wednesday, April 14, 2010

0 comments to “Piala Thomas? Apa Harapan Korang?”

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails