Memalukan? Hohoho apa yang memalukan ni? Sebenarnya yang malu tu pakcik. Pakcik malu sangat bila tengok filem atau pun drama bersiri tempatan yang berkisarkan tentang Adiwira yang menyelamatkan dunia.

Pakcik pun bangga gak sebab industri tanah air mampu buat filem atau drama adiwira macam ni. TAPI yang amat memilukan dan memalukan pakcik bila pelakon utama ataupun adiwira yang dipilih hanya berdasarkan populariti, paras rupa dan gaya. Inilah punca sebenar industri filem tanah air semakin tak berkualiti. Lebih-lebih lagi setiap kali nak buat filem atau drama adiwira mesti nak bergenrekan komedi. Betul-betul berfikiran tipikal Malaysia. Walaupun Superman pakai seluar dalam kat luar tapi filem tetapi ianya tetap berkualiti dan di tonton oleh orang di seluruh dunia.

Tengoklah filem atau drama luar negara kalau nak buat sesuatu mereka takkan pandang populariti atau paras wajah yang kononnya lawa dan hensem tetapi kebolehan pelakon untuk berlawan, melakukan aksi stuntman, dan bukannya tidak tahu asas langsung dalam seni mempertahankan diri . Arjuna, Wira Malam , Cicakman, Kapoww ini semua terbitan filem yang berkualiti rendah dari segi pelakon yang hanya di pilih berdasarkan populariti walhal jalan cerita dah best giler..

Fuhhh macam marah je pakcik ye? hohoo bukan marah tapi menegur je. Kalau takde orang yang nak menegur sampai bila industri kita tetap macam tu je? Jangan jadi tipikal lah. Baik pakcik layan Otromen lagi best daripada layan Adam Af dalam cerita Wira Malam yang nak berlawan pun macam pondan..hohoho

Ok.. Jom terjah kebun pula.. Bye

date Monday, June 28, 2010

Hohohoho.. baru je lepas menonton perlawanan antara England dan German.Nak tahu? Pakcik lawan ngan makcikville.. Kalau England kalah pakcik terpakso tido kat ruang tamu je..Hohoho.. Kalau menang? erm erm rahsia suami dan isteri je..hohoho..

4 Berbalas 1 jeee? Hohoho.. bagai mimpi jadi kenyataan, confirm rakyat-rakyat jelata England tak nyenyak tido malam nanti.

Pakcik dahtak tahu nak kata apa lagi. Jom melelapkan mata.. Ruang tamu pun ruang tamulah janji dapat tido..hohoho.. Gud  Nite Everybody

date Sunday, June 27, 2010

Jom layan dulu filem Box Office yang menjadi Blockbuster di Japan.


Hohohoho... Wasup2 anak-anak semua? Hujung minggu macam ni apa lagi? Yang berdarah muda confirm buang masa lepak sana sini dengan geng-geng ataupun awek yang belum tentu jadi isteri sah..hoho..

Kalau pakcik, hari ahad macam nilah masa nak berehat bersama-sama dengan keluarga. Kejap lagi jam 1.30 masa untuk menonton filem tamil di TV 2..Hohohoho... Pakcik memang peminat setia filem tamil.

Ha? Jiwang? Banyak menanyi? Hoho.. memang pakcik kesian kepada yang tak suka menonton filem tamil.Actually ada 2 genre filem kat india. Satu tamil dan satu lagi Hindusan. Tapi kedua-dua filem memang lebih mantap daripada Filem Melayu.

Kenapa? Kualiti, jalan cerita dan pemilihan pelakon dalam pembikinan filem memang perfileman Malaysia belum lagi layak nak bersaing dengan filem dari india.Perasan tak industri perfileman Malaysia kini makin merundum kualitinya? Asyik-asyik pelakon yang sama. Jalan cerita yang tetap sama, kalau tak cerita cinta mesti cerita hantu.

Tamil? Hohoh bukan pakcik nak mengangung-agungkan filem india tapi dah kenyataan. Diaorang mampu buat pelbagai jalan cerita yang memang best dengan pelakon yang memang mantap dan tak KONTROL lawa atau hensem. Dan yang menariknya filem melayu sudah terlalu terpengaruh dengan adegan-adegan kebaratan dan inilah yang menjadikan anak remaja sekarang semakin berfikiran negatif.

Jom tengok perbezaan filem tamil dan hindustan pula. Kalau filem tamil kebanyakkan diaorang buat cerita tentang kekeluargaan dan perpecahan masyarakat setempat. Bagaimana sesebuah keluarga atau masyarakat berpecah belah dan hendak disatukan dengan mengharungi pelbagai aksi menarik dan penuh emosi (Filem yang penuh mesej untuk masyarakat dia orang).

Manakala kalau hindustan pula..Fuhh dah semakin menggoncang dunia. Filem hindustan kalau dulu ramai yang katakan ianya sebuah filem jiwang yang penuh dengan lagu-lagu je kan? Tapi tahukah korang filem india sekarang sudah di tonton di seluruh pelosok dunia? Dah berjaya masuk box office di Hollywood. Dan perkembangan terbaru iaitu pelakon Hrithik Roshan berjaya membuat filem terbaru beliau di Mexico dan filem tu memang sebijik macam filem omputeh.. Hohoho... Shah Rukh Khan juga berjaya menggegarkan industri Hollwood apabila keluar dengan filem yang berkaitan dengan 'Muslim Terrorist'.


Maaflah ye kalau ada yang tersinggung kalau pakcik katakan filem Malaysia tak layak lagi nak bersaing dengan filem india. Hohoh memang dah kenyataankan?...



So.. Selamat berhari minggu....

date


Salam anak-anak semua. Pernah tak pergi Sabah? Ada yang pernah dan tak pernahkan? Kepada yang tak pernah pergi Sabah pakcik cadangkan datang-datanglah berkunjung ke negeri bawah bayu tu. Tapi kebiasaannya kalau datang sekadar nak melancong sehari dua memang takkan puas jadinya. hoho.. Sabah banyak sangat tempat-tempat peranginan selain daripada yang kita nampak dalam tv je. Gunung Kinabalu? Biasa je..ada lagi yang lebih hebat daripada lokasi gunung kinabalu. Nak tahu? Jom beli tiket Air Asia..murah je..hohoho...

Nak tahu? Separuh daripada pekerja kerajaan di Sabah adalah penduduk asal semenanjung. Pada mulanya ramai yang tak nak pindah sini, tapi bila dah rasa penangan keharmonian dan kemeriahan sabah sampai sekarang semakin ramai orang berpusu-pusu nak mintak pindah ke Sabah.

Lebih hebat lagi ramai yang sudah mendirikan rumah tangga dengan gadis-gadis tempatan sabah. Wah! Tahniah kepada yang berkenaan. (^_^) .

Actually ramai suka tinggal kat Sabah sebab kos kehidupan yang amat memuaskan. Kalau kat K.L breakfast je nak cecah RM10.. Kalau kat Sabah RM3 dah cukup untuk mee goreng dan teh tarik ..hoho.. menarikkan? Jalan raya pun taklah sesesak mana. Keluar office jam 5 kemudian jam 6 dah sampai rumah.. haha.. memang best , kejap je dah boleh bersama-sama dengan keluarga.

Nak tahu lagi? Faktor utama perpindahan penduduk semenanjung ke sabah adalah disebabkan "Elaun Wilayah" yang diorang dapat masa tinggal kat Sabah.. hohoho.. Topik inilah yang masih mnjadi kontroversi antara staf kerajaan (sabahan) yang berkerja di semenanjung dengan staf (semenanjung) yang berada di Sabah. Hohoho.. Dengar-dengar "Elaun Wilayah" penduduk semenanjung kat Sabah 2x ganda lebih banyak daripada orang sabah yang berada kat semenanjung.. sabar-sabarlah ye..

Apa-apapun pakcik rindu sangat nak lepak kat Sabah..hoho ..pernah berkerja di salah sebuah restoran di Sabah tahun 90an dulu. Memang best. Bukan sahaja aman damai namun semua bangsa adalah kawan pakcik. Memori terindah pakcik adalah masa setiap hujung minggu bermain bola dengan geng-geng cina dan india kat sana. Best gileerrr.. hahahaa..

Nak lagi best? Jom bercuti ke Sabah.

date Saturday, June 26, 2010

Salam anak-anak semua? Harap-harap semua sihat ye?..Alhamdulilah, pakcik kurang sihat minggu ni. Al-maklumlah baru je balik dari rantau orang.

Masih ingat tarikh hari ni? 25 June? Dah setahun rupanya Arwah Michael Jackson meninggalkan kita semua ye. Tapi sepanjang dia "pergi" pakcik dapat rasanya arwah seperti masih lagi hidup dan merindui semua peminat-peminatnya.



Lagu-lagu, music video MJ sampai sekarang masih kedengaran kat setiap corong radio tempatan mahupun radio omputeh.. Memang takde pengganti MJ ni kan? Walaupun ramai dah yang cuba-cuba try nak jadi macam MJ memang takkan sama. MJ is still MJ..cewah cakap omputih pulak pakcik ni..mehehehehe....

Oklah anak-anak semua, doakan pakcik cepat sembuh k.. Otak pun blur-blur nak menaip cite sal MJ ni. Apapun jangan lupa panjatkan doa kepada MJsupaya rohnya dicucuri rahmat. Amin.

date Friday, June 25, 2010

Salam anak-anak semua..

Hmmm, sebak rasanya bila mendengar khabar yang pejara pudu sudah dirobohkan. 2 hari 2 malam pakcik tak dapat tidur dengan lena. Bagai terkena renjatan elektrik tahap berjuta-juta watt... (^_^)


Actually pakcik banyak sangat kenangan bersama-sama dengan penjara pudu ni seawal tahun 80an. Sebelum penjara pudu ni di tutup, inilah sumber rezeki pakcik dahulu dengan menjual kueh mueh di tepi penjara pudu ni. Seawal pagi jam 5 subuh pakcik dah start memasak kueh depan penjara pudu. Walaupun suasana agak seram apa nak buat dah nak cari rezeki. Usahakan jelah, kalau tak kerja macam mana pakcik nak bayar sewa rumah, belanja sekolah adik beradik. Kebanyakkan pembeli kueh mueh pakcik masa tu adalah pegawai penjara dan mereka pun tetap bermurah hati untuk membelikan kueh dan mueh kepada "warga penjara" yang lain.

Apa nak buat, semenjak penjara pudu ni ditutup secara rasminya pada tahun 1996, dah berkurangan keuntungan pakcik ..apalagi, gulung tikarlah.. (malas nak panjang cerita - dah sebak dah ni)

gambar - tepi hujung tulah pakcik bukak gerai pakcik

Semoga usul yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu untuk membina jalan raya dan lorong bawah tanah adalah yang terbaik buat kita rakyat Malaysia. Jangan sia-siakan robohnya penjara pudu semata-mata untuk mengaut keuntugan sahaja.

Selamat Tinggal Penjara Pudu. Walaupun namamu agak menyeramkan namun pakcik tetap merinduimu...

P/S dah 2 tahun pakcik belajar buat duit dari internet - so baru-baru ni guru internet pakcik ada berikan pakcik video panduan percuma.. Nak ke ? Ok, boleh download KAT SINI . Selamat Mencuba

date Wednesday, June 23, 2010

.

Related Posts with Thumbnails