Pejam celik - pejam celik dah masuk hari jumaat. Cepat sangat masa tu berlalu walaupun kebun pakcik dah 'harvest' 2 hari yang lalu.. Beklah, hari ni je ada banyak filem omputih yang best-best kat cinema. (faham-fahamlah pakcik ni manalah faham filem melayu - omputih le katakan)..

Kick Ass? Sekali baca macam lucah sungguh perkataan itu. Tapi inilah tajuk filem terbaru superhero omputih ni. Kalau sebelum ni kita di hiburkan dengan  cerita Superman, Spiderman dan Catwoman yang memiliki kuasa luar biasa. Tapi berlainan pula dengan cite "Kick Ass" ni. Watak utama cite ni nama dia Dave seorang anak muda yang bercita-cita nak jadi superhero sebijik macam kat dalam buku komik. Yang boleh dikatakan "real" sikit,dia langsung takde super power..wahahhaa...



Bila dia dah berubah menjadi Kick Ass, dia jadi sangat terkenal dan banyak nasib-nasib baik datang dekat dia. Dia rasa dia dah mula ada kehidupan seorang superhero. Hahaha! Sampailah dia boleh rapat dengan sorang awek pujaan dia ni, walaupun awek tu anggap dia ni homoseksual. Wahahaha! Asal dapat duduk rapat borak-borak jadi la.

Kemudian pelbagai kejadian yang berlaku sehinggalah "kick ass" ni terlibat dengan konflik geng-geng ala-ala mafia. Start dari tu bermula perjalanan superhero yang banyak buatkan gigi pakcik hampir tertanggal..wahahaha... 

Apa-apa pun pakcik cadangkan korang semua tengok cite ni.. pakcik berani bagi 5 bintang buat cite lawak superhero baru omputih ni. Sekurang-kurangnya membantu otak kita ni rehat daripada asyik dok nak fikir nak tanam sayuran apa pula besok hari.. 

Kalau nak pakcik belanja korang tengok cite ni pun pakcik sudi tapi pandai-pandailah korang tolong pakcik harvest tanaman pakcik ye..wahaha...
So ? Apa tunggu lagi? tempah tiket secara online dan ajak aweks @ pakwe korang tengok cite ni hari sabtu ni.. 

Selamat menonton... 


date Friday, April 16, 2010

0 comments to “"Kick Ass" Filem Terbaik Minggu Ni”

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails