Salam semua anak-anak pakcik. Sihat-sihat semua ye? Pakcik pun seperti biasalah akan tetap sihat walau terpaksa menjaga berpuluh ribu kebun pun..ahhaa...

Baiklah hari ni pakcik nak sentuh sedikit berkenaan anggota keselamatan yang ada kat Malaysia ni. Mungkin korang kurang perasan akan kewujudan anggota bomba di Malaysia sekarang ni semakin mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan tidak kira dari segi untuk mendapatkan kerja sebagai ahli bomba ataupun dalam memberika penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat sepanjang masa.




Kerja sebagai anggota keselamatan bomba bukannya mudah. Mereka sanggup berkorban nyawa didalam menjalankan tugas dan memastikan segalanya berjalan lancar agar keselamatan orang awam berada di tahap yang selamat. Mungkin korang kurang perasan bahawa tugas anggota bomba ini bukan sahaja memadamkan api tetapi juga mengatasi pelbagai masalah yang adakalanya remeh-temeh seperti menyelamatkan kucing yang terperangkap didalam longkang ataupun membersihkan longkang tersumbat, akan tetapi ia tetap dilaksanakan demi kasih sayang dan tanggung jawab mereka terhadap masyarakat awam.

Perasan tak setiap kali pelancong yang datang ke Malaysia mesti akan bergambar dengan anggota keselamatan yang mereka temui terutamanya anggota bomba? Kenapa sedemikian? Ini kerana Bomba merupakan kerjaya yang paling diminati dan dihargai oleh masyarakat barat. So, tak hairanlah kalau pelancong yang datang ke tempat kita lebih menghormati anggota keselamatan kita daripada masyarakat kita sendiri yang asyik memandang rendah anggota keselamatan kita.

Oklah, pakcik pun tak nak melarat sangat nak cerita tentang bomba ni. Pakcik harap sangat korang turut sama-sama menghargai dan menghormati mereka yang bertugas diluar sana tidak kiralah bomba, polis ataupun anggota RELA sahaja. Tugas mereka bukannya mudah dan mereka lakukannya demi kita rakyat Malaysia.... 

Salam....

date Saturday, April 24, 2010

0 comments to “Anggota Bomba Malaysia kurang dihargai?”

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails