Waaaahh! Ni antara insan-insan yang tidak menyukai aktiviti berkebun bersama pakcik ni. Kenapa benci sangat dekat farmville pakcik? 

Ada yang kata buang masa, melambatkan pemikiran otak, respond badan menjadi lambat kerana asyik duduk berjam-jam lamanya meng'harvest' tanaman? 

Inilah masalah insan-insan yang berfikiran tertutup. Jangan ingat dengan bermain di kebun pakcik itu adalah membuang masa.

Tahukah wahai anak-anakku sekalian? Dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam bersama kebun pakcik korang semua telah menggunakan 30% otak untuk berjalan dengan lancar dan kreatif? Masa inilah korang mengeluarkan daya kreativiti korang dengan menanam tanaman dengan strategi yang teratur. Masa inilah juga korang berfikir sebagai seorang ahli perniagaan. Korang sudah mula mengira bajet hasil keuntungan tanaman dan bajet untuk menghasilkan tanaman. So? Bukankah ini juga merupakan ilmu alam yang kita boleh bawa bersama didalam kehidupan sehari-harian? Korang akan lebih bijak berfikir dan secara tidak langsung telah memahami selok-belok perniagaan. :)

Pakcik yang dah lama berkebun ni pun masih belajar dan akan terus belajar untuk memahirkan diri dalam bidang pengurusan perladangan ini. Hanya orang yang mempunyai pemikiran yang logistik dan kreatif sahaja yang akan meluangkan masa bersama pakcik untuk berada di dalam kebun. Kepada yang tak sukakan farmville tu agaknya cuma mampu bermain permainan yang tidak menjana minda seperti counter strike yang penuh dengan unsur-unsur keganasan di dalamnya. 

Apa tunggu lagi? Jom kreatifkan daya kreativiti kita dengan membina ladang yang cantik dan boleh membuatkan korang lebih yakin akan daya usaha diri sendiri. Enjoy!!!

date Saturday, April 17, 2010

3 comments to “Kenapa Benci FARMVILLE?”

  1. Anonymous
    April 20, 2010 at 2:38 AM

    Best ape farmville? hahaha

  1. Anonymous
    April 20, 2010 at 3:20 AM

    TQ untuk tips dan strategi free dari pakcik... dah donlod..

  1. Anonymous
    April 22, 2010 at 12:26 AM

    ORANG PEMALAS JE X SUKE FARMVILE..WAKAKAKA

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails