Salam anak-anak semua. Pernah tak pergi Sabah? Ada yang pernah dan tak pernahkan? Kepada yang tak pernah pergi Sabah pakcik cadangkan datang-datanglah berkunjung ke negeri bawah bayu tu. Tapi kebiasaannya kalau datang sekadar nak melancong sehari dua memang takkan puas jadinya. hoho.. Sabah banyak sangat tempat-tempat peranginan selain daripada yang kita nampak dalam tv je. Gunung Kinabalu? Biasa je..ada lagi yang lebih hebat daripada lokasi gunung kinabalu. Nak tahu? Jom beli tiket Air Asia..murah je..hohoho...

Nak tahu? Separuh daripada pekerja kerajaan di Sabah adalah penduduk asal semenanjung. Pada mulanya ramai yang tak nak pindah sini, tapi bila dah rasa penangan keharmonian dan kemeriahan sabah sampai sekarang semakin ramai orang berpusu-pusu nak mintak pindah ke Sabah.

Lebih hebat lagi ramai yang sudah mendirikan rumah tangga dengan gadis-gadis tempatan sabah. Wah! Tahniah kepada yang berkenaan. (^_^) .

Actually ramai suka tinggal kat Sabah sebab kos kehidupan yang amat memuaskan. Kalau kat K.L breakfast je nak cecah RM10.. Kalau kat Sabah RM3 dah cukup untuk mee goreng dan teh tarik ..hoho.. menarikkan? Jalan raya pun taklah sesesak mana. Keluar office jam 5 kemudian jam 6 dah sampai rumah.. haha.. memang best , kejap je dah boleh bersama-sama dengan keluarga.

Nak tahu lagi? Faktor utama perpindahan penduduk semenanjung ke sabah adalah disebabkan "Elaun Wilayah" yang diorang dapat masa tinggal kat Sabah.. hohoho.. Topik inilah yang masih mnjadi kontroversi antara staf kerajaan (sabahan) yang berkerja di semenanjung dengan staf (semenanjung) yang berada di Sabah. Hohoho.. Dengar-dengar "Elaun Wilayah" penduduk semenanjung kat Sabah 2x ganda lebih banyak daripada orang sabah yang berada kat semenanjung.. sabar-sabarlah ye..

Apa-apapun pakcik rindu sangat nak lepak kat Sabah..hoho ..pernah berkerja di salah sebuah restoran di Sabah tahun 90an dulu. Memang best. Bukan sahaja aman damai namun semua bangsa adalah kawan pakcik. Memori terindah pakcik adalah masa setiap hujung minggu bermain bola dengan geng-geng cina dan india kat sana. Best gileerrr.. hahahaa..

Nak lagi best? Jom bercuti ke Sabah.

date Saturday, June 26, 2010

2 comments to “Lepak kat Sabah Memang Terbaik!!”

  1. cik shabah
    June 26, 2010 at 11:04 PM

    sabah memg the best!dtgla sabah lg,bleh lepak ruma cik shabah,huhe:D

  1. mimi
    June 27, 2010 at 7:22 AM

    Salam ...pagi minggu disini .

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails