Salam anak-anak semua..

Hmmm, sebak rasanya bila mendengar khabar yang pejara pudu sudah dirobohkan. 2 hari 2 malam pakcik tak dapat tidur dengan lena. Bagai terkena renjatan elektrik tahap berjuta-juta watt... (^_^)


Actually pakcik banyak sangat kenangan bersama-sama dengan penjara pudu ni seawal tahun 80an. Sebelum penjara pudu ni di tutup, inilah sumber rezeki pakcik dahulu dengan menjual kueh mueh di tepi penjara pudu ni. Seawal pagi jam 5 subuh pakcik dah start memasak kueh depan penjara pudu. Walaupun suasana agak seram apa nak buat dah nak cari rezeki. Usahakan jelah, kalau tak kerja macam mana pakcik nak bayar sewa rumah, belanja sekolah adik beradik. Kebanyakkan pembeli kueh mueh pakcik masa tu adalah pegawai penjara dan mereka pun tetap bermurah hati untuk membelikan kueh dan mueh kepada "warga penjara" yang lain.

Apa nak buat, semenjak penjara pudu ni ditutup secara rasminya pada tahun 1996, dah berkurangan keuntungan pakcik ..apalagi, gulung tikarlah.. (malas nak panjang cerita - dah sebak dah ni)

gambar - tepi hujung tulah pakcik bukak gerai pakcik

Semoga usul yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu untuk membina jalan raya dan lorong bawah tanah adalah yang terbaik buat kita rakyat Malaysia. Jangan sia-siakan robohnya penjara pudu semata-mata untuk mengaut keuntugan sahaja.

Selamat Tinggal Penjara Pudu. Walaupun namamu agak menyeramkan namun pakcik tetap merinduimu...

P/S dah 2 tahun pakcik belajar buat duit dari internet - so baru-baru ni guru internet pakcik ada berikan pakcik video panduan percuma.. Nak ke ? Ok, boleh download KAT SINI . Selamat Mencuba

date Wednesday, June 23, 2010

1 comments to “Penjara Pudu Dalam Kenangan”

  1. khairul
    June 24, 2010 at 11:45 PM

    harap2 roh2 yg kat penjara tu mengganas kat menteri2 yg merobohkan bangunan dorg..hahaha

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails