Jom layan dulu filem Box Office yang menjadi Blockbuster di Japan.


Hohohoho... Wasup2 anak-anak semua? Hujung minggu macam ni apa lagi? Yang berdarah muda confirm buang masa lepak sana sini dengan geng-geng ataupun awek yang belum tentu jadi isteri sah..hoho..

Kalau pakcik, hari ahad macam nilah masa nak berehat bersama-sama dengan keluarga. Kejap lagi jam 1.30 masa untuk menonton filem tamil di TV 2..Hohohoho... Pakcik memang peminat setia filem tamil.

Ha? Jiwang? Banyak menanyi? Hoho.. memang pakcik kesian kepada yang tak suka menonton filem tamil.Actually ada 2 genre filem kat india. Satu tamil dan satu lagi Hindusan. Tapi kedua-dua filem memang lebih mantap daripada Filem Melayu.

Kenapa? Kualiti, jalan cerita dan pemilihan pelakon dalam pembikinan filem memang perfileman Malaysia belum lagi layak nak bersaing dengan filem dari india.Perasan tak industri perfileman Malaysia kini makin merundum kualitinya? Asyik-asyik pelakon yang sama. Jalan cerita yang tetap sama, kalau tak cerita cinta mesti cerita hantu.

Tamil? Hohoh bukan pakcik nak mengangung-agungkan filem india tapi dah kenyataan. Diaorang mampu buat pelbagai jalan cerita yang memang best dengan pelakon yang memang mantap dan tak KONTROL lawa atau hensem. Dan yang menariknya filem melayu sudah terlalu terpengaruh dengan adegan-adegan kebaratan dan inilah yang menjadikan anak remaja sekarang semakin berfikiran negatif.

Jom tengok perbezaan filem tamil dan hindustan pula. Kalau filem tamil kebanyakkan diaorang buat cerita tentang kekeluargaan dan perpecahan masyarakat setempat. Bagaimana sesebuah keluarga atau masyarakat berpecah belah dan hendak disatukan dengan mengharungi pelbagai aksi menarik dan penuh emosi (Filem yang penuh mesej untuk masyarakat dia orang).

Manakala kalau hindustan pula..Fuhh dah semakin menggoncang dunia. Filem hindustan kalau dulu ramai yang katakan ianya sebuah filem jiwang yang penuh dengan lagu-lagu je kan? Tapi tahukah korang filem india sekarang sudah di tonton di seluruh pelosok dunia? Dah berjaya masuk box office di Hollywood. Dan perkembangan terbaru iaitu pelakon Hrithik Roshan berjaya membuat filem terbaru beliau di Mexico dan filem tu memang sebijik macam filem omputeh.. Hohoho... Shah Rukh Khan juga berjaya menggegarkan industri Hollwood apabila keluar dengan filem yang berkaitan dengan 'Muslim Terrorist'.


Maaflah ye kalau ada yang tersinggung kalau pakcik katakan filem Malaysia tak layak lagi nak bersaing dengan filem india. Hohoh memang dah kenyataankan?...



So.. Selamat berhari minggu....

date Sunday, June 27, 2010

0 comments to “Filem India Lagi Mantap Daripada...........”

Leave a Reply:

.

Related Posts with Thumbnails